Shuib Nekad Tidak Lagi Terlibat Dalam Sepahtu Reunion
Selepas lebih setahun tidak terlibat dengan program televisyen mahupun di pentas, pelawak Shuib Sepahtu berkata dia sudah bersedia untuk kembali aktif.
Kini kembali bergelar penyampai radio di Suria FM, sudah pasti ramai yang mahu melihat Shuib kembali muncul di program Sepahtu Reunion.
BACA: Shuib Kini DJ Baru Suria FM Tapi Netizen Kata Macam Tak Ada Orang Lain
Memetik mStar Online, bagaimanapun Shuib berkata dia tidak mungkin kembali menyertai program tersebut serta mengatakan hanya pihak produksi yang lebih tahu sebabnya.
“Ada sebab mengapa saya tak mahu lagi terlibat dalam program tersebut. Pihak pengurusan tertinggi produksi tahu jawapannya dan saya anggap mereka bertanggungjawab kenapa saya tidak ada lagi dalam program tersebut.
“Mereka ada berbincang untuk saya kembali. Namun rasanya tidaklah buat masa ini. Saya pun tak mahu nak panjangkan cerita dan komen lanjut tentang apa yang telah terjadi,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib menafikan berlaku perselisihan faham antaranya dengan ahli kumpulan tersebut termasuk Mamat sebaliknya mereka semua sibuk dengan kerjaya masing-masing.
“Saya dengan Mamat pun sudah lama tidak berhubung. Walaupun tinggal berdekatan tapi kami tak pernah berjumpa. Takut nak katakan tidak mahu kembali bersama sebab kita tak tahu apa akan terjadi di kemudian hari.
“Bagaimanapun buat masa sekarang saya boleh katakan tidak akan bergabung kembali. Orang mungkin kata hubungan kami tidak baik, sebenarnya tak ada sebarang masalah pun cuma masing-masing sibuk dengan kerja sendiri,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Aku rsa kn mngkin sbb dia trkenangkn aruah yg sllu teman dia time show sepahtu.sllu bg smngat.aku rsa la
@ye ke.. betul . Start dari situ dia dh x join spahtu
Elok pun
Aku rasa sbb jep.. Cer tanye suib. Betul x ib?
Lawak sepahtu pun dah hambar. Setiap minggu episod story line sama. Last2 nak tackle awek hot cia cia cia. Recycled idea smpai abang jamil mam.
Dah kaya dah
klaka ag ade,,, awa x tgk kn..?
Walaupun tinggal berdekatan adalah biasa bg sesiapa juga tidak pernah berjumpa dan tidak berhubungan diantara satu sama lain. Lagi pulak sumer org yg sibuk dgn urusan masing2 tidak akan berhubung dgn bekas rakan mrk dan itu menandakan tidak ada apa2 masaalah. Bersangka baik dan berfikirlah secara positif.
X yah lah fokus pada bznz sja…engkau pun bukan lawak sgt….