fbpx

Shuib Kini DJ Baru Suria FM Tapi Netizen Kata Macam Tak Ada Orang Lain

Pasti ramai tahu baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu diumum sebagai penyampai terbaru radio Suria FM bersama Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria.

Difahamkan, pelawak itu memulakan tugas semalam menggantikan tempat penyampai radio sebelum ini iaitu Fizi Ali yang kini berkhidmat di Hot FM.

BACA: Shuib Kini Penyampai Radio Suria FM

Pengumuman tersebut mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang gembira melihat kemunculan Shuib sebagai penyampai radio semula. Bagaimanapun, ada netizen mendakwa segmen terbabit akan menjadi lebih ‘bingit’ selepas kemunculan Shuib.

Tidak kurang juga, ada netizen berpendapat pihak radio asyik mengambil orang yang sama tanpa memberi peluang kepada bakat baru untuk menjadi penyampai radio.

Terdahulu, Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin berkata pemilihan Shuib itu diharap dapat memberikan impak yang lebih kepada stesen tersebut serta menarik ramai pendengar.