fbpx

Shuib Nak Melamar Adik Heliza Helmi?

Tiada angin tiada ribut, baru-baru tular di media sosial apabila adik kepada Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi dikaitkan dengan pelawak, Shuib Sepahtu.

Bagaimanapun, Hazwan mengatakan khabar angin itu tidak benar sama sekali serta mengakui terkejut mendengar gosip berkenaan apatah lagi dia tidak kenal Shuib secara peribadi.

BACA: Netizen Sebak Dengar Nyanyian Shuib

“Terkejut macam mana wujud gosip itu… memang tak benar sama sekali. Rasanya Shuib pun terkejut agaknya sebab kami memang tak pernah berjumpa, tak pernah berhubung dan tak pernah ada urusan.

“Semasa saya dapat tahu berita ini saya baru balik kelas, ada orang tag di Instagram… tertanya bila masa pula kena kaitkan dengan Shuib ni? Terkejut tapi tak ada la ambil masa lama sangat sebab tahu benda ni tak betul. Saya hanya kenal dia sebagai pelawak dan artis sahaja, tak kenal secara peribadi,” katanya.

Hazwani berkata dia masih sibuk dengan pengajian serta meminta netizen supaya menapis berita yang dibaca di media sosial terlebih dahulu.

“Tak tahulah orang reka ke apa cerita itu… zaman sekarang ni apa-apa gosip kena tapis dulu.

“Perjalanan saya pun jauh lagi, sekarang ni pun tengah sibuk dengan pengajian sarjana muda. Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua pihak,” katanya.