Shuib Luah Rasa Bangga Uwais Juara Kejohanan Golf Junior
Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu berkongsikan khabar gembira anak sulungnya, Uwais Al-Qarni menjadi juara pada Kejohanan Golf Terbuka Junior, Kategori 10 Tahun anjuran Palm Resort.
Bangga dengan kejayaan anaknya itu, Shuib berkata isterinya pasti gembira dengan kejayaan Uwais itu kerana arwah mahu anak sulungya itu menjadi pemain golf profesional.
BACA: “Shuib Keluarga Saya, Tiada Istilah Segan Tapi Saling Menghormati” – Ibu Mentua Tiri
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, champion untuk kategori 10 tahun! Tahniah Wais! Percaya daddy, Ibu pasti sangat-sangat bangga.
“Percaya daddy, ibu @sitisarahraissuddin pasti sangat-sangat bangga! Ibu yang nak sangat wais jadi golfer sayang, harini dia senyum tengok wais menang,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shuib turut mengucapkan terima kasih kepada bapa mertuanya kerana selalu membawa Uwais ke padang golf untuk berlatih.
Diakhirnya perkongsiannya itu, Shuib berkata dia akan melakukan sebaik mungkin untuk anak-anaknya selagi dia bernyawa.
Dalam majlis ANAK pun si mangkok Shuib ni nak menagih simpati lagi! Perhatikan post dia — cara licik nak jenis bingai ‘bersedih’ dengan menyelit Siti Sarah.
Apalah punya HAPRAK ko ni, Shuib!
Muka tak malu langsung! Dah berapa bulan tapi masih lagi nak orang pujuk-pujuk.
Adakah ko ni sama dengan insan yang turut kematian isteri, DAN 8 orang anak dalam kemalangan jalanraya??