“Shuib Keluarga Saya, Tiada Istilah Segan Tapi Saling Menghormati” – Ibu Mentua Tiri
Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi mengakui terkejut dengan dakwaan mengatakan Shuib kelihatan segan apabila bersamanya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fatimah atau mesra disapa Makde berkata tiada istilah segan wujud sebaliknya mereka sekeluarga saling hormat antara satu sama lain.
BACA: Ibu Tiri Teruskan Perniagaan Tudung Arwah Siti Sarah
“Terkejut saya baca mesej ini. Sebenarnya tiada istilah segan sebab kami adalah keluarga. Tak wujud istilah menantu tiri ke, menantu kandung ke, menantu betul ke, menantu tipu ke sebab Shuib adalah keluarga saya. Anak-anak mereka semua cucu saya dan saya jaga sejak lahir,” tulisnya.
Dia yang kini menguruskan perniagaan Loveta milik Siti Sarah berkata hubungan dia dengan Shuib sudah mula rapat sejak awal perkenalan Shuib dengan Siti Sarah 12 tahun lalu.
“Mungkin apa yang orang nampak ingat Shuib segan dengan saya, tapi sebenarnya kami saling menghormati. Lagipun masa arwah Sarah bercinta dengan Shuib dulu pun, saya yang selalu temankan. Ingat lagi masa pertemuan pertama Sarah dengan Shuib, saya ada masa itu temankan arwah.
“Bukan malu bukan segan tapi saya hormat. Saya minta doa baik-baik semua pihak untuk keluarga kami. Amin Insya Allah. Semoga doa yang baik juga berbalik kepada kalian semua,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
aik.. x cukup shuib, mak mertua tiri pun nak join tunggang ka?
Sian kau ni Nia Syaabani. Semoga kata² tu dipulangkan pd awak.
Wah atuk.laki bini skg bkn main expose lg eh..tumpang citer menantu..sikit ari aritu bila wartawan nk interview atuk..cpt atuk jwb atuk xnk diganggu..atuk ingt org da lupa ke citer atuk tu..atuk expose2 camni dgn bini atuk tu, org ketawakan atuk sbnrnya..soep jaga anak kau tu bebaik..jgn bg dkt dgn org yg kita kenal tp x blh dipercayai..aku ingatkan aje soep ye..
Rasa nak MUNTAH!
Tak habis-habis dengan Shuib MANGKOK ni.
Dah berapa bulan dia dok perah simpati.
Orang dah MELUAT NAK MAMPUS baca hal Shuib ni!
Bukan hebat apa pun. Level buat lawak bodow aje. Tapi bila isteri meninggal dunia, mangkok ni guna tragedi untuk dapat perhatian.
Jenis muka tak malu!
Sekarang ibu mertua tiri.
Lepas ni pak saudara kawan sekolah rendah.
Memang keturunan dan keluarga Shuib macam dia juga. Sentiasa cari perhatian, Sentiasa mahu orang pujuk. Perah sampai kering.
Jenis muka tak malu!
Intan. Letih aziz anti bingai.
Org yg sama kan. Jelezz ke soib dpt perhatian