fbpx

Shuib Kini Penyampai Radio Suria FM

Nampaknya kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh Fizi Ali sebelum ini akhirnya terjawab apabila, pelawak Shuib Sepahtu menyertai stesen radio Suria FM.

Memetik Harian Metro, pengumuman itu dibuat pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di pusat beli-belah IOI City Mall, petang tadi.

Difahamkan, Shuib bakal berganding dengan Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria.

Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin berkata pemilihan Shuib itu diharap dapat memberikan impak yang lebih kepada stesen tersebut serta menarik ramai pendengar.

“Kami berharap dengan pelantikan Shuib akan memberikan impak lebih baik kepada pasukan Suria FM sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

“Kita juga berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Suria Pagi yang kini dikenali sebagai Morning Morning Suria,” katanya.

Terdahulu, Shuib pernah menjadi penyampai radio di stesen radio Hot FM selama dua tahun sebelum mengundur diri pada Januari tahun lalu.