fbpx

Ibu Tiri Teruskan Perniagaan Tudung Arwah Siti Sarah

Tidak mahu membiarkan kakitangan Allahyarham Siti Sarah terabai, ibu tiri arwah, Siti Fatimah Suberi kini mengambil tanggungjawab menguruskan perniagaan tudung milik penyanyi itu.

Fatimah berkata dia perlu kuat untuk membangunkan perniagaan yang diusahakan bersama Allaharyham sebelum ini.

BACA: “Sebelum Ditidurkan, Arwah Minta Saya Sedekahkan RM30,000” – Ibu Tiri

“Walaupun arwah sudah tiada, tapi dia buat saya jadi kuat dan tak boleh duduk diam. Saya perlu jaga perniagaan yang arwah bangunkan selama ini.

“Saya tak boleh biarkan kakitangan kesayangannya terabai. Insya-Allah saya mampu dan boleh hadapi semua ini. Saya nak perniagaan itu terbang tinggi sebab itu impian arwah semasa dia hidup.

“Setiap hari ada saja benda dia nak buat untuk perbaiki kalau tak berpuas hati dengan kualiti produk. Buat semua doakan saya dapat mengalas tanggungjawab menjaga perniagaan ini dengan baik,” katanya.

Sudah dua bulan pemergian Siti Sarah, Fatimah berkata rasa rindu terhadap Sarah tidak pernah luntur, malah setiap kali ke pejabat pasti akan merenung gambar arwah.

“Cepat betul masa berjalan. Kalau kira-kira sudah dua bulan Sarah pergi tinggalkan kita semua. Rindu usah cakaplah. Rasanya setiap hari masuk pejabat mesti tenung gambar Sarah,” katanya.