fbpx

Shuib Jadikan Keluarga Arwah Siti Sarah Contoh Untuk Didik Anak-Anak

Pelawak Shuib Sepahtu berkongsikan tips kebahagiaan dalam menjaga dan mendidik anak-anaknya adalah dengan memberi kasih sayang yang cukup.

Memetik Astro Gempak, Shuib berkata dia melihat keluarga Allaharham isterinya iaitu Siti Sarah sebagai satu keluarga bahagia serta menjadikan sebagai contoh.

BACA: Anak-Anak Shuib Selesa Dengan Watie

“Bagi saya, kasih sayang amatlah penting dalam mendidik anak anak. Saya percaya keluarga bahagia, keluarga yang penuh kasih sayang, anak-anak penuh kasih sayang, InsyaAllah mereka akan jadi anak yang baik.

“Sarah selalu cakap begitu. Saya nampak benda ini pada keluarga Sarah..mereka keluarga yang, saya kenal dah lebih 11 tahun tak pernah bergaduh,” katanya.

Kata Shuib lagi, keluarga arwah isterinya itu penuh dan kasih sayang serta tidak pernah melihat mereka sekeluarga bertekak. Malah, Shuib turut memuji kesemua anak Raissuddin hebat dan taat.

“Tak pernah bertekak depan saya…tak pernah. Family dia penuh dengan kasih sayang, semua anak-anak Raisuddin ni hebat, bagus taat. Sebab itu saya percaya kasih sayang akan buatkan anak-anak yang baik.

“Itu yang saya nampak…Insya-Allah. Segelintir orang yang ada problem ini datang daripada keluarga yang berpecah..mungkin tidak dapat kebahagiaan daripada ibu bapa, mereka cari kebahagiaan cara lain,” katanya.