Shuib Dipuji Hulur Bantuan Pada Warga Emas
Sebut saja nama pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu pasti ramai tahu sememangnya terkenal dengan sikap merendah diri. Sebelum menceburi dunia seni, hidup Shuib boleh dikatakan dalam keadaan susah namun kini bergelar usahawan berjaya.
Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok memaparkan Shuib turun dari kereta dan memberikan sesuatu kepada seorang warga emas yang keretanya rosak di tepi jalan.
BACA: Shuib Elak Jumpa ‘Kembar’ Siti Sarah
@shafiqabuuu Jangan fikir bukan bukan hari ni mungkin hari pak cik ni hari kita belum tahu lagi ?
Menerusi video itu, pada awalnya warga emas itu dilihat menolak pemberian Shuib dipercayai wang namun akhirnya menerima mungkin selepas dipinta oleh pelawak itu.
Diruangan komen, anak kepada warga emas itu mengucapkan terima kasih kerana membantu bapanya yang berada di dalam kesusahan.
Dalam pada itu, ramai yang memuji sikap suami kepada arwah Siti Sarah. Malah, ada yang mengatakan inilah sebab Shuib dan arwah Sarah murah rezeki kerana mereka sentiasa memberi.
- SUMBER
- Cari Forum
semua benda kena record, tak record takde bukti.. dah record pulak kena viralkan.. nanti views banyak, followers naik, komen pun banyak pujian.. giteww..
Bersangka baik aja lah…buat baik pun dikutuk, buat jahat mmgla dikutuk
Inilah dia Penagih Publisiti. Harap-harap semakin pulih dari jadi Penagih Simpati. Hari-hari dok meraung, meroyan, meraban bab kematian isteri. Sebab mahu orang ramai ucapkan simpati dan pujuk. Macam budak tadika.
Sekarang ni masih lagi jadi attention seeker. Konon-konon macam “orang awam” yang rakam, dan post. Tapi sebenarnya telah dirancang. Supaya yang bingai puji.
Apalah punya HAPRAK Shuib ni!!
busuk ati jgn lht.. dia sendiri pun x nak di jadikan content!! p blogger2 ne yg celaka nak sngt up ceta dia supaya apa? u noe the motif? supaya kita bosan, menyampah , benci.. cuba tengok dari segi positive, suib sndri pun xde masa nak makan sgala pujian korang!!! dia bnyk hal lg nak fkir!! klu rsa busuk ati tu jgn comen, buat tmbh dosa je.. kurang kasih syg agaknya..
kau nie mulut longkang tau! Apa pun biar Allah jadi hakim yg mane nk mrnu juk2 atau membantu krn Allah semata
Selama ni, saya tak pernah nampak pun yg Shuib yg dok update status beri sumbangan terang2 atau sedekah mcm ni. Selalunya yang ambil video tu, PA dia. Jadi, husnuzon la ya.