Shuib Dikecam Gara-Gara Ucap Tahniah Kepada Syamsul Yusof
Susulan tindakannya meninggalkan komen ucapan tahniah kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof selepas mengumumkan berkahwin dua, pelawak Shuib Sepahtu turut terkena tempias serta dikecam.
Memetik mStar Online, Shuib berkata ianya sekadar ucapan buat sahabat serta meraikan pasangan yang baru berkahwin namun mengakui terkejut apabila ramai yang mengecamnya sehingga mahu memboikotnya.
BACA: Shuib Jadikan Keluarga Arwah Siti Sarah Contoh Untuk Didik Anak-Anak
“Memang terkejut kerana ramai yang kecam dan anggap saya menyokong isu poligami. Ia hanyalah sekadar ucapan apabila orang telah selamat berkahwin.
“Sehinggakan nama saya menjadi bualan di Twitter dan ada yang boikot saya. Saya pun tak faham kenapa ia jadi begitu besar. Janganlah sampai begitu sekali. Orang tengah bahagia, kita raikan dia sebagai pasangan yang baru kahwin,” katanya.
Mengakui sedikit terkesan dan bimbang apabila ada yang mahu memboikotnya, bagaimanapun Shuib berkata netizen akan cepat melupakan perkara tular itu. Ujarnya lagi, dia tiada masalah dengan poligami apatah lagi ianya tidak salah disisi agama.
“Apabila ada yang nak boikot, mula juga rasa bimbang. Saya ini ada perniagaan dan mempunyai ramai pekerja. Takut beri kesan kepada produk sendiri.
“Bagaimanapun saya faham isu di media sosial ini tidak akan lama. Mungkin hanya seminggu dua sahaja. Nanti lama-lama orang akan lupa. Saya secara peribadi tiada masalah dengan isu poligami. Itu bukan satu kesalahan dalam agama,” katanya.
- SUMBER
- mstar Online
perempuan banyak yang meroyan. jangan peduli sangat. siapa mereka untuk menentu kan kebahagiaan dan kesakitan.
Shuib je artis lelaki yg hati kental lagi berani. Lu bukan buat salah apa pun bro Berani berkata benar dan wish kepada pasangan baru mempelai. Artis lelaki lain mana… haha takut kot, muka je nampak gengster. Dengan netizen bawang Malaysia jgn main2 terutama yg kategori pompuan2 tak laku, dan kurang kasih sayang .. mau kena taruk kaw2. so artis lelaki lain coward tak macam lu shuib, very gentlemen… haha… rilex bro .. pompuan biasala… kerak2 nasi…
Laa, die ni kan spesis buaya jgk.. ape nak heran.. dlu masa kau miskin arwah sarah tu je nak pandang kau, tp bila dh kaya kemain ko tergedik2 dgn watie tu..
Shuib, lebih baik tak payah ucapkan…sebab dalam kebahagiaan mereka berdua, ada byk hati terluka terutama isteri Puteri Sarah yg dicurangi, ditinggalkan,dikhianati, disakiti…anak2 yg tidak membesar seperti kanak2 lain yang ibu bapa mereka sama2 jaga dan tinggal serumah, dan juga mak dan bapa Syamsul yg amat terluka kerana diganggu, dirampas kebahagiaan, dan dibelakangi oleh anak sendiri….so nak raikan apa? Kamu sepatutnya lebih sensitif…
poligami memang tak salah. abaikan bini sampai 4 tahun lepastu poligami tu yang salah, pastu hang sokong dia?
memang meminta sebab nk relevan, kalo tak orng dah lupa kewujudan dia. Lepas ni muncul balik gossip dgn awek itu dan ini supaya relevan
Semua laki sokong sol. Ape salah cari karipap lain kalau karipap lama tak sedap. Kawen dua bukan dosa. Lelaki suka karipap sedap tak salahkan?
bahagia atas derita dan airmata org lain mmg tak patut wish tahniah pon… lahanat pengantin baru sesuai…hahahah
Sebab tu tuhan ambil Sarah bini lu meinggal dulu. Lu pun jenis poligami. Kalau hidup bini lu mesti dimadukan. Heh dasar jantan hidup merempat lupa daratan. Ape lagi jantan hidup kaya raya lg lupa diri hukum semua tinggal anak2 comel 4 tahun. Aku boikot BubbleBee kau Shuib! Sarah hidup mesti marah kau tak peduli hati Puteri Sarah yg juge mak yg ada anak2 kecil. Shuib2 buduss
Malas ku ngan duda yang kekonon terhangat di pasaran tok eh..ada org, ada juak nya..inggerrrr
Karipap baru tu karipap terpakai.. tak sedap langsung.. walaupun karipap lama, selera ja makan.. cantik elok..
Ice cream tak sedap, sila diam