Shuib Dedah Perbualan Terakhir Dengan Arwah Siti Sarah Dalam MV Tinggalkan Diriku
Selepas tiga bulan pemergian isteri tercinta, hari ini pelawak Shuib Sepahtu memuat naik muzik video Tinggalkan Diriku nyanyian Allahyarham Siti Sarah di laman YouTube miliknya.
Difahamkan, ianya nyanyian yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada tahun 2018.
BACA: Shuib Abadikan Lagu Tinggalkan Diriku Dalam Muzik Video-“Cara Penyampaiannya Begitu Berbeza”
Lebih sebak, menerusi muzik video berkenaan Shuib turut berkongsikan rakaman suara perbualan terakhir bersama Siti Sarah sebelum arwah isterinya itu ditidurkan.
Seorang pengguna TikTok berkongsikan klip perbualan tersebut dan dapat didengar dengan jelas Shuib memanggi isterinya dan mengatakan betapa dia amat menyayangi Siti Sarah. Shuib sempat memberikan kata-kata semangat buat arwah isterinya untuk melalui ujian tersebut.
Sementara itu, menerusi Astro Gempak, Shuib berkata dia mendengar rakaman lagu tersebut selepas 6 hari pemergian Siti Sarah. Ujarnya, dia merasakan seperti arwah sudah mengetahui yang dia akan pergi kerna cara penyampaian isterinya sangat berbeza.
“Enam hari selepas pemergiaan Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggal Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018.
“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengar semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi. Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” katanya.
- SUMBER
- Astro Gempak
Alfatihah . Shuib. .power
Sedihnya. Macam mana lah shuib tak ralat. Dah la dia tersilap ambik mudah masa oxygen turun 92% still buat relax, pastu sebelum ditidurkan elok sgt ha suara arwah. Kadang aku pun terfikir betul ke tindakan tidurkan tu. Ke doc terpaksa follow prosedur kkm
Allahu kalau jd shuib mmg ambik masa nak betul2 terima semua ni. Org paling rapat, susah senang sama2 akhirnya pergi di saat anak2 masih kecil..Allahu..
tunggang lg.. selagi boleh dpt attention..
Mgkn awak yg nk dpt attention. Tak ganggu hidup awak pun.
Ish kata nk berehat setahun dua nk jaga anak..tp takut org lupakan dia..kluarkan gak le citer yg menyayat hati konon..adoi da basi la citer kau ni soep..
Ada ramai org suka nk baca cerita mereka…yg meluat baca lebih baik xpyh baca…ada pilihan kan…klau baca semata² nk kondem dia…lebih baik duk diam²…
Norhayati yaakob..x baca pun citer si soep ni..baca tajuk je da blh bayangkan citer sedih bangang dia tu..buat menyemak aje.kalah citer pasal ritrud ke lana nordin ke baru le org baca abis
suka hati la nk komen meluat ka apa.. dh memang benda dia cerita public.. ada ruang berkomen.. nak duduk diam, nak puji, nak maki ka.. terpulang pada masing2..
kalau x mau org komen apa2 langsung.. baik si shuib tu yg dok diam2..
Dah habis kering pun Shuib ni nak cuba perah lagi. Desperate benar nampaknya. Kesian ye kat Shuib — jadi PENAGIH SIMPATI.
Juga tak habis-habis nak tunjuk kat satu Malaysia, `Cinta Paling Agung’. Konon-konon.
Muka Shuib dah jadi berapa inchi tebal ye. Sebab tak ada rasa malu langsung.