Shuib Dedah Ada Yang Kurang Senang Dengan Kejayaannya
Kini bergelar usahawan berjaya apabila perniagaan yang diusahakannya mendapat sambutan hangat, pelawak Shuib Sepahtu berkata ada individu yang kurang senang dengan kehidupan yang dinikmatinya kini bersama keluarga.
Shuib mendedahkan apa yang lebih menyedihkan apabila individu berkenaan adalah mereka yang sering berada di sekelilingnya. Bagaimanapun, Shuib sedar itu adalah lumrah dalam dunia perniagaan.
BACA: Shuib Dedah Ramai Cuba Sabotaj Bisnes Sebab Tak Puas Hati
“Tak semua orang suka lihat kita berjaya. Kawan yang ada pun, tak semua yang senang. Tapi itulah hukum alam dan adat dalam berniaga.
“Bila kita berada di bawah orang mencucuk-cucuk, bila kita berada di atas, ada yang nak jolok-jolok, nak suruh jatuh,” katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, sebelum ini Shuib ada memuat naik satu entri di Insta Story meluahkan rasa kecewa terhadap seseorang. Bagaimanapun, dia memilih untuk mendiamkan diri sahaja kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya suka simpan sendiri. Ada perkara lebih baik kita simpan sahaja, sebab saya tak suka bergaduh.
“Biarlah Allah buat kerja, kita rileks sahaja sebab lambat laun orang itu akan sedar yang dia tak patut buat begitu,” katanya.
Baru sahaja membuka cawangan Bubble Bee yang ke-8 di Senawang, Negeri Sembilan semalam, ia merupakan cawangan yang pertama dibukanya di luar Lembah Klang.
- SUMBER
- Harian Metro
Abang shuib semakin sado plak i tgk
dah ko laki hini asyik tayang kemewahan sampai org muak….hadap jer sendiri cri pasal
Biasa lah ibbbb.. mcm x biasa dok kat malaysia kot…take care lah jgn tunjuk sgt kemewahan . Kita boleh agak u dah kaya ibbb. Be humble je
Ko suka menunjuk2 pastu ko nk ckp org sakit ati kt ko. Org mcm ebit lew tu pun org sakit ati ni laa pulak org cm ko
Memang ramai yang tak senang, contoh paling senang ialah Netizen Rotikaya yang busuk hati.
Sejak kahwin ngan nelydia senrose ni makin kaya si shuib ni…rezki pengantin baru ler katakan.
Ni buat lawak ka apa..Bila pulak shuibb kahwin nelly. Bini shuib siti sarah.
Koser lah ko ni …sendiri yg tayang harta benda pastu stress org dengki? Sesuai la sesgt!
semalam lalu laa buble bee Shuib dekat senawang… ingat nak singgah… tapii… ramai bebenar orang nyer…. dah lama teringin… next time kita pi lagi.. semoga bisness terus maju yee…
terlalu menunjuk sangat…
riakkk nampaknya