fbpx

Shuib Berbesar Hati Raja Permaisuri Agong Terima Koleksi Tudung Siti Sarah

Pelawak Shuib Sepahtu berbesar hati apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah berkenan menerima koleksi tudung hasil bisnes arwah isterinya, Siti Sarah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuib berkata pemberian itu juga sebagai tanda terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong yang menzahirkan ucapan takziah atas pemergian isterinya pada Ogos tahun lalu.

BACA: Netizen Sebak Dengar Nyanyian Shuib

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Selama ini, saya sangat kagum dengan Raja Permaisuri Agong yang sopan, prihatin dan sangat mesra rakyat. Pengalaman di Tunku Azizah Golf Challenge 2022 akan menjadi kenangan manis yang akan sentiasa tersemat dalam fikiran saya. Junjung kasih Raja Permaisuri Agong,” tulisnya.

Sementara itu diruangan komen, ibu tiri Allahyarham Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi memberitahu arwah sangat mengagumi Raja Permaisuri Agong serta berhasrat untuk memberi tudung kepada Tunku Azizah namun tidak kesampaian.

“Ti, mesti kau tengah senyum sekarang ni kan… Alhamdulillah Ya Allah. Junjung kasih Raja Permaisuri Agong sudi menerima @lovetahq.

“Kalau arwah ada mesti dia gembira sangat-sangat sekarang ni. Dia dah lama simpan hasrat nak bagi sendiri kat Raja Permaisuri Agong tapi tak kesampaian. Dia memang adore sangat dekat Raja Permaisuri Agong. Ti, Shuib dah lunaskan hasrat kau Ti… Alhamdulillah,” tulisnya