Shuib Batal Hasrat Ubah Suai Rumah Selepas Mimpi Sedih
Pelawak Shuib Sepahtu memberitahu dia pernah berhasrat untuk mengubah suai kediaman mereka untuk suasana baru selepas setahun pemergian arwah isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah.
Memetik mStar Online, bagaimanapun Shuib berkata dia terpaksa melupakan hasrat tersebut selepas mendapat mimpi sedih.
BACA: “Yang Perit Tu Bila Saya Rasa Dia Macam Ada” – Shuib
“Selepas enam bulan arwah meninggal dunia pernah terfikir hendak ubah suai rumah untuk memberi suasana baru dan saya sudah berbincang dengan pereka dalaman. Bagaimanapun, bulan lalu saya batalkan hasrat tersebut selepas saya mendapat mimpi sedih.
“Dalam mimpi itu saya masuk ke rumah baru, namun ketika itu tercari-cari arwah tapi dia tiada. Ketika itulah saya sedar arwah sudah meninggal dunia,” katanya.
Disebabkan mimpi itu juga, Shuib berkata dia nekad untuk terus tinggal di rumah yang sudah didiami hampir empat tahun itu.
Dalam pada itu, Shuib berkata dia masih menyimpan barang-barang milik arwah terutama baju terakhir dipakai isterinya untuk dijadikan kenangan.
“Barang-barang arwah masih saya simpan. Kalau terkenang, bolehlah lihat dan pegang. Baju terakhir yang dipakai arwah sebelum ke hospital pun saya masih simpan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arwah,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Drama meratip hiba bersiri-siri.
Meratip ratip, pastu cerita carik penganti
Meratip ratip, rupa rupanya ada program TV dengan Asterok.
Merati ratip. Rupa Rupanya nak announce cawangan air lebah madu.
Meratip ratip minta simpati.
Rupa Rupa ada promosi tersembunyi
Letih la cerita meratip bersiri siri tak habis habis.
Kalo jahlop bole jd jutawan dgn drama2 dia dgn ejen2 dia yg berlakon jd netizen. Lps tu ramai laa yg tiru trend guna socmed utk raih simpati, play victim dan berdrama utk dpt viewers dan marketing
Shuib, kalu mimpi masuk rumah baru maknanya tak lama lg akan kawen ngan pasangan baru.
Sedih betul baca yang ni :-( :-(
Kuatkanlah hati mu, Shuib.
Sesungguhnya, awak punya cerita ni, taraf Cinta Paling Hebat Dalam Dunia !!
Bunyi kata Hollywood nak buat filem.
Leonardo DiCaprio sebagai Shuib.
Tajuknya “The Sympathy Addict” (Season 1).
Tentang sekor mamat tu yang kurang bakat. Modal dia satu aje – cari simpati umum bab isteri yang meninggal dunia. TAK HABIS-HABIS.
Menyampah nak mampus!
@penagih simpat @joyah
Ada org bitter ke atas ni kat shuib. Biarlah dia mengadu sedih. Ada org nak baca. Reporter lapor.
Ko je memekak x de org nak dgr kan.
ye btl… perasaan org lain2… kite jgn mngutuk sbb kite blm rasa khlgan org tsayang
yang tak pernah rasa kehilangan orang tersayang boleh la nak kutuk.. tak kena kat diri sendiri lagi..