Sebelum ini Shuib Sepahtu memaklumkan dia kini sedang mempertimbangkan tawaran untuk dikurniakan gelaran Datuk dari sebuah negeri. Bagaimanapun, Shuib mengakui belum bersedia untuk menerima gelaran berkenaan.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menurut Shuib dia berat hati untuk menerimanya selepas membaca komen kritikan netizen yang mempersoalkan sumbangannya terhadap negara sehingga layak dikurniakan gelaran Datuk.
BACA: Shuib Akui Sedang Pertimbang Gelaran Datuk
“Betul juga apa yang mereka kata. Tak mengapalah, biarlah dulu. Saya orang biasa saja.
“Kalau ada rezeki untuk diberikan gelaran itu, adalah. Kalau tidak ada pun tidak mengapa, tiada masalah. Saya enggan lagi ulas mengenai perkara ini,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Shuib tidak terasa hati dengan kata-kata netizen kerana mereka juga mempunyai hak untuk memberikan pendapat. Shuib juga turut berterima kasih kepada netizen yang memberikan sokongan kepadanya.
“Setiap individu ada hak untuk memberikan pendapat masing-masing. Saya akur dengan pendapat mereka dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan.
“Namun, saya tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari, saya hanya ikut aturan ditetapkan. Kalau ada rezeki adalah,” katanya.