fbpx

Shuhada Dituduh Tak Bersyukur Dapat RM100 Nafkah Anak

Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendedahkan aktor itu menculas membayar nafkah kedua anak mereka.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Susulan pendedahan Shuhada itu, ada netizen menuduh ibu kepada dua cahaya mata itu tidak bersyukur meluahkan rasa tidak puas hati hanya menerima nafkah RM100 untuk setiap anak mereka.

BACA: Hafidz Roshdi Culas Bayar Nafkah, Shuhada Dakwa Hanya Beri RM100 Setiap Anak

Memetik mStar Online, ada netizen meminta agar Shuhada bersyukur kerana bekas suaminya tetap memberikan nafkah.

Tidak kurang juga, netizen itu turut mendakwa Shuhada sudah ada kerjaya sendiri dan bangkit untuk kehidupan lebih baik.

 Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuhada memuat naik paparan komen individu tersebut serta memberitahu dia menggunakan segala apa yang ada untuk membesarkan anak-anaknya.

“Bila ada manusia yang suruh kita faham erti bersyukur, bila dia (netizen) tuduh saya tak gunakan kudrat (bekerja) untuk cari rezeki untuk anak-anak. Don’t talk rubbish la kalau awak sendiri tak pernah ada anak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shuhada turut meminta individu itu supaya memahami erti tanggungjawab sebenar.

“Belajar untuk tahu apa erti tanggungjawab sebenar. Jangan persoal bab rezeki ditutup oleh seseorang? Rezeki daripada siapa bang? Dari Allah.

“Belajar letak penggantungan 100 peratus dekat Allah, belajar untuk letak Allah nombor satu… Jangan buat Allah murka. Selamat berjaya,” tulisnya.