fbpx

Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendedahkan aktor itu menculas membayar nafkah buat kedua anak mereka.

Memetik mStar Online, Shuhada berkata bekas suaminya itu hanya memberi wang nafkah RM100 untuk setiap seorang anak mereka.

BACA: Kongsi Foto Lama Dengan Bekas Suami, Shuhada Nafi Belum Move On

Menurut Shuhada, ibu bapanya terpaksa keluarkan wang sendiri untuk membantunya memberi keperluan anak-anak serta mengatakan dia yang menyara anak-anaknya seorang diri.

“Dia hanya beri saya sebulan RM100 sahaja untuk setiap anak. Jadi hanya RM200 setiap bulan. Dia culas bayar nafkah anak-anak. Jadi, saya yang sara anak. Saya sangat struggle mencari rezeki untuk anak-anak saya seorang diri.

“Ibu dan ayah pun ada bersama saya bantu untuk menyediakan keperluan anak-anak. Mereka pun ada keluarkan duit mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Shuhada berkata nafkah diberikan oleh Hafidz tidak mencukup apatah lagi kos persekolahan anak sulung mereka mencecah RM1,000.

“Ini tidak termasuk makan dan minum. Belum lagi keperluan adiknya, Umar yang sekarang umur tiga tahun. Sekurang-kurangnya kalau dia bagi RM800 hingga RM1,000 itu saya boleh lagi. Saya boleh tambah-tambah mana yang perlu,” katanya.

Sementara itu, Shuhada turut terkilan apabila bekas suaminya mengeluarkan kenyataan meminta memadam gambar yang digunakan untuk mempromosikan produk kecantikan.

“Saya tidak lihat pun gambar yang disediakan itu. Yang saya tahu adalah cari duit untuk anak-anak. Niat saya bagi untuk besarkan anak-anak tapi dia yang marah lebih-lebih,” katanya.