Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendedahkan pelakon itu sudah hampir enam bulan tidak bertemu dengan dua anak mereka Humairah dan Umar.
Memetik Harian Metro, Shuhada mendakwa bekas suaminya itu seolah tidak ambil peduli dengan dua anak mereka yang kini menetap di rumah keluarganya di Perlis.
BACA: Anak Tak Izin Shuhada Kahwin, Risau Salah Pilih Pasangan
“Kali terakhir dia datang jumpa anak-anak pada Ogos tahun lalu. Malah sebutan baharu kes hak penjagaan (hadanah) pada 23 Januari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor sebelum ini juga dia tidak hadir.
“Saya pun tak tahu apa yang dia nak. Sekarang dia sudah kembali mendirikan rumah tangga, jadi mungkin buat apa dia nak fikir mengenai semua ini,” katanya.
Sementara itu, Shuhada berharap kes dicederakan bekas suaminya itu akan segera selesai sekurangnya wang tersebut boleh digunakan untuk anak-anaknya.
“Saya harap dia percepatkan segala kes yang berlangsung kerana lagi banyak kes di mahkamah lagi banyak duit keluar.
“Sekurang-kurangnya duit yang terpaksa dikeluarkan untuk proses di mahkamah boleh saya gunakan untuk anak-anak yang makin membesar dan bayaran sekolah mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Shuhada berkata dia kini mahu memberi tumpuan untuk membahagiakan anak-anaknya yang semakin membesar.
“Apa yang berlaku selama ini saya turut menyalahkan diri sendiri sehingga emosi anak-anak terganggu. Saya pun tak sanggup melihat anak-anak yang semakin membesar terus sedih dengan apa yang berlaku.
“Saya nak lihat mereka gembira dengan kehidupan di sekeliling selain nak nikmati hidup bersama-sama,” katanya.