fbpx

Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Masih Culas Bayar Nafkah Anak

Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memaklumkan pelakon itu sudah pun menaikkan jumlah nafkah buat kedua-dua anak mereka iaitu Humairah dan Umar.

Memetik mStar Online, Shuhada berkata nafkah dinaikkan dari RM100 ke RM200 namun Hafidz adakalanya culas dalam membuat pembayaran nafkah anak mereka.

BACA: “Ibu, Belilah Robot Abah Di Shopee”

“Nafkah anak dulu RM100, sekarang dah naiklah sedikit, RM200 seorang. Itu pun ada yang dia bagi dan ada yang tak bagi juga,” katanya.

Sementara itu, Shuhada turut memohon kepada bekas suaminya itu agar memberikan komitmen terhadap anak-anak meskipun mereka sudah pun berpisah.

“Saya mohon dia tolonglah beri komitmen sebab anak-anak dia juga kan. Saya mahu anak-anak saya jadi seperti kanak-kanak yang lain juga, dapat rasa kasih sayang seorang bapa,” katanya.

Terdahulu, Shuhada mendedahkan Hafidz culas membayar nafkah kedua-dua anak mereka dan hanya memberi RM100 untuk setiap seorang.

SUMBER: mStar Online