fbpx

“Ibu, Belilah Robot Abah Di Shopee”

Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkata anak bongsunya iaitu Umar meminta untuk membelikan robot menyerupai bapanya kerana rindukan pelakon itu.

Memetik Hib Glam, Shuhada berkata anaknya itu terlalu kecil untuk memahami sitausi berlaku dan mengakui bimbang jika anak-anaknya merasakan kurang kasih sayang. 

BACA: Tak Hadir Mahkamah, Shuhada Kesal Dengan Hafidz Roshdi

“Ibu, belilah robot abah di Shopee’ itu yang disuarakan Umar kepada saya sebelum ini. Umar asyik cakap suruh beli roboh abah. Jenuh saya nak cari. Saya tak mahu dia ada perasaan sebegitu sebab bimbang dia rasa kurang kasih sayang.

“Saya mahu anak-anak rasa mereka ada juga abah walaupun tak sama macam orang lain. Sekurang-kurangnya mereka rasa kehadiran seorang abah,” katanya.

Shuhada turut berkongsikan, anak bongsunya itu juga pernah meminta untuk meminjam bapa daripada sepupunya selepas melihat mereka mempunyai bapa.

“Humairah sekarang sudah jadi seperti saya, tidak kisah dengan semua yang berlaku. Umar pula mungkin belum faham sebab dia masih kecil, jadi apabila dia lihat sepupu-sepupunya ada ayah, dia macam teringin nak ada juga.

“Pernah juga dia pergi kepada sepupu dia dan cakap nak pinjam ayah. Kasihan dan kalau bercakap mengenai anak-anak, saya sensitif sikitlah,” katanya.

SUMBER: Hib Glam