fbpx

Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Dua Kali Lafaz Talak

Isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendakwa suaminya pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali dan kali pertama melalui WhatsApp pada 22 Januari lalu.

Memetik BH Online, susulan isu baharu itu, mahkamah Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 9 Mei bagi sebutan semula kes cerai pasangan tersebut.

BACA: Netizen Mula Bandingkan Shuhada Dengan Hidayah

Sementara itu, peguam mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memohon satu tarikh lain bagi menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai tersebut.

“Kami terima salinan penyata pembelaan bersama tuntutan balas, semalam. Namun, kami terkejut melihat kandungan tuntutan balas mendakwa Hafidz melafazkan cerai lebih awal iaitu 22 Januari lalu.

“Sedangkan dalam permohonan cerai hari ini, lafaz dibuat pada 22 Februari. Ini bermakna sebelum 22 Februari ada lagi talak dilafaz terhadap Nurul Shuhada. Oleh itu, kami mohon tarikh baharu untuk menjawab terhadap tuntutan balas ini,” katanya.

Dalam pada itu, peguam mewakili Shuada iaitu Nurfarhana Abd Manaf mengesahkan memfailkan satu pembelaan dan tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai.

“Lafaz cerai pertama dilakukan dalam aplikasi WhatsApp pada 22 Januari. Kami tiada bantahan sekiranya mahkamah menetapkan tarikh lain bagi sebutan semula kes,” katanya.

Terdahulu, Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Sebelum ini, adik Shuhada yang hanya dikenali sebagai Sofia mengesahkan Hafidz telah menceraikan kakaknya talak satu pada 22 Februari lalu menerusi panggilan bersaksikan keluarga.