Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada seolah memberi bayangan pelakon Puteri Sarah bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Menerusi komen di Instagram, Farah Lee yang baru saja mendirikan rumah tangga, Shuhada mengucapkan tahniah buat aktivis itu serta mengatakan PSL atau Puteri Sarah akan menyusul selepas ini.
BACA: Cincin Berlian Di Jari, Puteri Sarah Dah Jadi Milik Orang?
Komen Shuhada itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tertanya-tanya adakah perkara tersebut benar.
Terdahulu, Puteri Sarah berkata pelakon Indonesia iaitu Andi Arsyil adalah rakan kongsi perniagaannya dan secara tidak langsung membuatkan mereka rapat.