Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tidak menunggu lama untuk bangkit untuk memulakan kehidupannya sebagai ibu tunggal.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuhada mengakui saat ini adalah paling mencabar dalam kehidupannya.
BACA: Puteri Sarah Dedah Isteri Hafidz Roshdi Hubungi Minta Nasihat
Namun, dia mahu mengubah persepsi tentang ibu tunggal dan memohon orang ramai untuk beri sokongan pada perniagaannya.
View this post on Instagram
“Seperti yang semua sedia tahu, Shu akan mulakan hidup sebagai single mother. Jadi , kebanyakan orang akan fikir yang bukan bukan pada Shu.
“Shu ada kat sini untuk ubah persepsi buruk orang pada single mother, Shu nak keluar dari pandangan skeptik manusia yang kata single mother selalu jadi orang yang meminta minta dan berharap pada manusia untuk kelangsungan hidup anak anak .
“Shu dengan rendah diri memohon semua yang ada kat sini untuk support business Shu dan anak anak untuk harungi fasa seterusnya dalam hidup kami,” tulisnya.
Menurut Shuhada lagi, dia mahu hidup berdikari dan mencari pendapatan sendiri tanpa bergantung orang lain dengan menjalankan perniagaan atas talian.
“Shu sedar ramai yang senasib malah ramai juga yang lalu pengalaman lagi teruk dari Shu. I respect you all for that .
“Jadi, semua mesti faham yang takda apa lagi penting dari ketenangan hidup dan rahmat Allah dalam meniti kehidupan yang tak kekal ni .
“Shu berani cakap, Shu tak pernah semangat macam mana shu semangat saat ni. Tamparan hebat ni buat Shu yakin yang Shu kena lebih kental and lebih berdikari. Iwill get through this! you too besteehh !
“Jadi, Shu pilih untuk bina sumber pendapatan shu sendiri tanpa bergantung pada pihak yang berkenaan. Azam ni bukan azam sementara. Ini azam mutlak!” tulisnya.