fbpx

Show Off Bayar Cukai, Sajat Bahagia Rasa Disayangi Di Australia

Umum mengetahui, usahawan sensasi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kini memulakan kehidupan baru di Australia.

Malah, Sajat juga turut berkongsikan bahawa dirinya sangat bahagia di negara itu kerana sudah bebas dan boleh menjadi diri sendiri.

BACA: Ibu Sajat Reda Anak Lari Ke Australia, Tak Pernah Pujuk Balik Malaysia

Baru-baru ini Sajat ada memuat naik satu perkongsian di Insta Story dimana dia membayar cukai dan sudah layak membuat pinjaman sebanyak $500,000 (RM1,501,291) untuk perniagaannya.

“Bayar tax uols, cukup 6 bulan I dah boleh buat pinjaman $500,000 untuk bisnes. Tak I bayar sebanyak 34% uols. Rasa rasa berapa banyaklah sale I kan!!” tulisnya.

Dalam pada itu, Sajat turut meluahkan rasa bahagia kerana disayangi di negara itu serta bebas melakukan apa sahaja dan tidak diganggu oleh sesiapa.

“Yang penting negara ini terima I, sayang I. I nak memondan hari-hari pun, mereka tak kacau. I love you Australia,” tulisnya.

Terdahulu, ibu Sajat berkata dia tidak akan sesekali memujuk Sajat untuk pulang kerana bimbang bakal berdepan tindakan undang-undang jika balik ke Malaysia.