fbpx

Shila Amzah Tayang Wajah Anak, Photostat Muka Ubai

Selepas sebulan melahirkan cahaya mata kedua, penyanyi Shila Amzah akhirnya mendedahkan wajah anak perempuannya itu, Rhea Akira buat tatapan umum.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shila turut meminta orang ramai mendoakan Rhea menjadi anak yang solehah serta berkongsikan berat anaknya kini mencecah 4 kilogram.

BACA: Shila Amzah Tak Rasa Malu Pernah Bercerai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Assalamualaikum aunty and uncle. Hari ini genap @rheaakiraa sebulan. Doakan Rhea jadi anak yang solehah ya. Gambar tutup mata gambar latest nak 4kg dah, gambar sebelah tu baru lahir 2.84 Kg,” tulisnya.

Sementara itu, Shila berkata anaknya itu banyak mengikut wajah suaminya, Ubai namun dagu Rhea saling tidak tumpah sepertinya.

“Muka banyak ikut papa dia @ubaimz , Tapi dagu tetap milik mama,” tulisnya.

Untuk rekod, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2021. Shila selamat melahirkan Rhea Akira pada 9 Mei lalu. Shila turut mempunyai seorang anak lelaki, Seth Uwais, 5 tahun hasil daripada perkahwinan terdahulu.