fbpx

Shila Amzah Tak Rasa Malu Pernah Bercerai

Pernah gagal dalam rumah tangga, penyanyi Shila Amzah memberitahu dia tidak pernah rasa malu apabila perkahwinan pertamanya berakhir dengan perceraian.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shila menjawab pertanyaan daripada pengikutnya yang meluahkan rasa malu untuk menuntut perceraian daripada suaminya.

BACA: Belum Habis Pantang, Shila Amzah Sedia Bekerja 

Shila berkata keputusan dibuatnya itu adalah perkara betul dilakukan untuk dirinya serta anak lelakinya, Seth Uwais dan tiada rasa kesal.

“Saya tak malu sebab saya buat benda betul untuk diri sendiri dan anak saya. Setiap keputusan kita, kena berbangga..tiada penyesalan. Saya tahu apa yang terbaik buat diri saya berbanding orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Shila berkata tidak perlu malu untuk berpisah jika pasangan tidak menjalankan tanggungjawab yang baik sebagai seorang suami.

“Kalau selama ini awak jadi isteri yang baik tapi suami curang, dia dera mental dan fizikal, tidak bertanggungjawab ke, tak payah malu,” katanya.

Terdahulu, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun bercerai selepas empat tahun berkahwin. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Seth Uwais kini berusia lima tahun.