Shila Amzah Nak Lelaki Ada Matlamat, Tak Nak Yang Kaya Tapi Masih Harap Duit Ibu Bapa
Meskipun berdepan kegagalan rumah tangga, penyanyi Shila Amzah berkata dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi.
Memetik mStar Online, bagaimanapun Shila berkata dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan serta inginkan lelaki yang mempunyai matlamat hidup.
BACA: Shila Amzah Dituduh Gatal Nak Berlaki
“Saya sangat terbuka untuk menerima jodoh baharu dan tidak pernah menutup pintu hati. Kalau ia datang pada waktu, keadaan dan perasaan yang tepat, ia akan terjadi tetapi saya tidak boleh tentukan bila dan siapa orangnya.
“Saya mahu mencari seseorang yang lebih bekerja keras dan tidak hanya ada bakat. Kalau anak orang kaya sekali pun tetapi mengharapkan ihsan ibu bapa, saya tidak mahu. Biarlah dia seorang lelaki yang rajin.
“Saya tidak mahu orang yang tiada matlamat dalam hidupnya. Jika dia tidak boleh bertanggungjawab terhadap diri sendiri, bagaimana dia mahu menjaga orang lain. Saya cakap bukan sahaja dari pengalaman perkahwinan lepas tetapi hubungan sebelum ini juga,” katanya.
Dalam pada itu, Shila berkata dia kini bersikap lebih terbuka serta tidak lagi berselindung mengenai soal peribadi.
“Selama 22 tahun ini rasanya saya penat untuk menepis…cukuplah apa yang berlaku selama ini. Tiada lagi istilah biarlah rahsia buat saya.
“Tanyalah apa sahaja soalan. Tiada soalan yang membuatkan saya takut. Namun saya akan pilih peratusan keterbukaan untuk menjawab sebarang pertanyaan,” katanya.
Terdahulu, Shila mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun disahkan bercerai pada 8 Februari tahun ini.
- SUMBER
- mStar Online
inshaAllah…janji niat kawen kerana Allah yer sis
mcm tu la kalau pompuan ada duit ye dorkkkk
dia perli ex dia ke?
Ntohla @Apoooo. Rasanya tak perlu kot dia up statement mcm tu. Dia tak terpikir kot netizen blh pikir bukan2. Kalo nak kawen, kawen je la. Kalo xde calon lg skrng ni, senyap sudoh. Keje wartawan, mmgla nk wat cerita. Ckp belum ada jodoh lagi sudah. Tak perlu kot bercerita smpi mengundang fitnah. Dia ni kadang2 aku tgk excited sgt bercerita sampai tak pikir mana yang baik/buruk utk dri dia sndri.
Taylor Swift
Semak betoi la makcik nie .sudahla move on ja…klu ya pun kemaruk nak Cr laki baru .ko check dulu diri Ko…nie semua laki x betul..diri sendiri perfect x ?
TAK PAYAH KAWIN LAH. DAH GEMOK MCM TU JAGA ANAK SAJA LAH YE. TERUSKAN SAJALAH HIDUP DENGAN BFF DIA YG SEMUA PUN ANDARTU KERTU.