fbpx

Shila Amzah Miliki Ciri-Ciri Wanita Idaman Ubai

Umum mengetahui, influencer terkenal, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mengakui sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi, Shila Amzah sejak tahun lalu.

Memetik Astro Gempak, Ubai berkata Shila mempunyai ciri-ciri wanita idamannya serta menyifatkan penyanyi itu seorang yang rendah diri.

BACA: Shila Amzah Akui Ada Hubungan Istimewa Dengan Ubai

“Ya saya sedang berkawan rapat dengan Shila. Kami serasi dan memahami antara satu sama lain. Kami mula rapat selepas sering bertemu untuk bermain badminton.

“Shila ada ciri-ciri wanita idaman saya, bagi saya dia seorang yang rendah diri, adventurous dan mempunyai hobi yang sama dengan saya.

“Sampaikan cira rasa makanan kami pun sama iaitu dua-dua pun tak makan taugeh. Saya selesa dengan Shila,” katanya.

Dalam pada itu, Ubai berkata dia tidak kisah dengan status ibu tunggal kerana apa yang penting mereka saling memahami antara satu sama lain.

“Saya tak kisah berkawan dengan mana-mana wanita, asalkan dia memahami saya dan saya pun memahami keadaan dia.

“Buat masa sekarang saya masih belum ada perancangan ke arah perkahwinan kerana saya mahu berikan kerjaya sebagai seorang produser. Saya hanya mampu minta semua orang mendoakan yang baik-baik buat saya dan Shila,” katanya.