Shila Amzah Akui Ada Hubungan Istimewa Dengan Ubai
Influencer terkenal, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mengakui sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi, Shila Amzah sejak tahun lalu.
Memetik Harian Metro, pemuda berusia 25 tahun itu berkata dia mula rapat dengan Shila selepas penyanyi itu berdepan fasa sukar dalam kehidupannya.
BACA: “Meninggalkan Perkahwinan Keputusan Terbaik” – Shila Amzah
Menurut Ubai, sebagai rakan dia mahu berada disamping Shila ketika dia berdepan dengan ujian untuk memberikan sokongan.
“Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014. Namun sejak tahun lepas hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai).
“Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala ujian yang dilalui,” katanya.
Kata Ubai lagi, hubungan mereka menjadi lebih serius serta tidak sangka Shila akan berkongsikan kepada umum ketika sesi Live di media sosial baru-baru ini.
“Tak sangka hubungan itu lama-kelamaan menjadi semakin serius dan semalam dia berkongsi mengenai hubungan kami ketika siaran langsung di TikTok,” katanya.
Dalam pada itu, Ubai berkata dia belum lagi membawa Shila untuk bertemu keluarganya namun mereka menerima perhubungannya dengan penyanyi itu.
Sebelum ini, menerusi sesi siaran langsung, Shila beberapa kali dilihat memanggil Ubai dengan panggilan sayang.
Terdahulu, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
- SUMBER
- Harian Metro
Thn ni semua janda tgh laku keras.ahaks.
#shibai
okay la shila. moga bapak ko restu la…susah la kalau kau nak tp bapak ko xnak pulak kan
Masalahnya bapak si shila ni seramm haha, nak kawin bukan utk setahun dua dek ubai pikir memasak ..
Shila kalau bercinta dia akan nampak “in love” sampai buat lagu, sampai IG/ live semua banyak hint yg menampakkan dia dibuai cinta. Shila cant cover her happiness and also dia macam kena jugak bagitau kat public. tapi ingat2 lah ye shila, akan sejarah kau dulu ye..satu dunia tahu kau bercinta lepas tu ada drama pulak. dengan sharnaz, drama bapak kau. Dengan ex kau, drama “tak ada sefahaman” based on lyric lagu jauh hati tu pun awak dah cakap memang itu mengisahkan kisah rumahtangga awak. so kali ni, kau punya dugaan is bercinta dengan orang yg lebih muda dari awak.apa apa pun goodluck. cepat2 menghalalkan keadaan dan banyak2 lah istikharah sebelum membuat keputusan
..moga ubai akan berusaha lebih kuat supaya dapat tampung maintenance bulanan isteri..
ingatkan level shila ni oversea je… ke sebb dah xmmpu k dpt yg english speaking… ubai pun jadilah! kan kan kan
Ubai ni orang asli ke?
Nape muke Ubai selalu berkerut mcm tu??? Sorry nampak pelik..hmm
Ok
Untung adik shila amzah bakal terima abg ipar yg lebih muda dari diorang ?