fbpx

Aset Cecah RM200 Juta, Shila Amzah Bergelar Jutawan?

Sebut saja nama Shila Amzah, penyanyi itu bukan saja dikenali di Malaysia malah turut mencipta nama di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini tular satu dakwaan bahawa penyanyi itu tergolong sebagai artis wanita terkaya di Malaysia.

Dalam satu temu bual bersama stesen radio baru-baru ini, DJ Naz cuba mengorek desas desus mengatakan Shila Amzah telah mengumpul aset ikatakna mencecah USD 50 juta (RM200 juta).

BACA: Shila Amzah Tersenarai Wajah Wanita Paling Cantik Di Asia

Bagaimanapun, Shila seolah tidak menafikan atau mengiyakan kenyataan bahawa dia meraih kekayaan dalam dunia hiburan sehingga bergelar jutawan.

Menerusi temu bual tersebut, Shila turut berkongsi nasihat untuk berjaya dalam bidang nyanyian perkara paling penting bagi setiap penyanyi adalah perlu meneliti kontrak dan menilai bakat sendiri.

“Masa awak menang Asian Wave, awak menang RM 5 Juta. Dilaporkan kekayaan awak bernilai USD 50 Juta atau RM200 Juta pada 2016, sekaligus menjadikan salah seorang jutawan dalam dunia hiburan. Betul atau tidak kenyataan ini?”

“Tak betul kot, sebab kalau kira aset saya tak sampai kot tahap tu! Betul atau tidak betul juga lah kenyataan tu,” jawab Shila.

Terdahulu, nama Shila Amzah menjadi bualan ramai apabila merupakan satu-satunya selebriti Malaysia tersenarai antara 100 wajah wanita paling cantik di Asia.