Penyanyi Shila Amzah memberi amaran kepada seorang wanita yang dipercayai merupakan kekasih kepada adik lelakinya, Amir Syafiq dikenali sebagai Eiza untuk keluar dari rumah banglonya di Hulu Langat, Selangor.
Perkara itu dikongsikan oleh Shila menerusi Insta Story miliknya sebentar tadi. Shila turut meminta wanita tersebut keluar dari rumah banglo dihuni keluarga mereka selewat-lewatnya esok.
BACA: Mimpi Pelakon Wanita Ganggu Ubai, Emosi Shila Amzah Terganggu
Shila turut memberi amaran kepada wanita tersebut agar tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai dirinya atau keluarganya di media sosial.
“Sstu sahaja ayat keluar daripada awak mengenai saya atau keluarga saya di media sosial, saya akan handar surat tuntutan kepada awak.
“Saya sudah pernah beritahu hal ini kepada ibu untuk halau dia keluar sejak tahun lalu. Lagi pula dia masuk ke rumah itu tanpa keizinan saya,” tulisnya.