fbpx

Shila Amzah Dah 4 Hari Tak Tidur Lena Sebab Anxiety

Penyanyi Shila Amzah memuat naik perkongsian di Instagram berdepan kegelisahan atau anxiety ketika sedang hamil bukan perkara main-main.

Menerusi entri itu, dia juga sudah empat hari tidak daapt tidur lena gara-gara perubahan emosi. 

BACA: Shila Amzah Umum Hamil Anak Kedua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Ujarnya, dia tidak mahu kisah silam dilaluinya terus menghantui diri dan mahu menjadi isteri serta ibu yang sihat.

“Anxiety ketika hamil bukan satu gurauan. Saya tidak mempunyai tidur yang nyenyak sejak empat hari lalu.

“Saya meninggalkan semua perkara toksik dan enggan trauma masa lalu menghantui saya lagi. Saya hanya mahu menjadi isteri dan ibu yang sihat. Itu sahaja,” tulisnya.

Awal bulan ini, Shila mengumumkan dirinya kini hamil lima bulan hasil perkongsian hidup dengan pempengaruh media sosial, Ubai.