fbpx

“Meninggalkan Perkahwinan Keputusan Terbaik” – Shila Amzah

Hampir setahun berpisah, penyanyi Shila Amzah berkata keputusannya untuk ‘meninggalkan’ perkahwinan bersama bekas suami, Haris Idraki adalah pilihan terbaik yang dilakukannya.

Memetik BH Online, Shila menganggap apa yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga itu hanya pasangan suami isteri sahaja yang tahu. 

BACA: Sering Jatuh Sakit, Shila Amzah Rasa Ada ‘Benda’ Mengganggu

“Satu perkara perlu diingatkan, perkahwinan hanya suami isteri sahaja yang tahu keadaan sebenar terjadi. Ibu bapa atau rakan baik pun mungkin tidak mengetahuinya.

“Saya tidak berpihak kepada sesiapa, tetapi segala komen yang dilemparkan membuatkan saya rasa sangat sedih. Sebabnya, mereka tidak tahu apa yang terjadi.

“Saya pula jenis yang sangat berterus-terang. Namun, dalam masa yang sama tetap risau kesan pada anak. Letakkan anak di tempat utama dalam diri kita,” katanya.

Menurut Shila lagi, dia tidak meletakkan anaknya, Seth Uwais sebagai keutamaan dan mahu memberi fokus kepada kesihatan mentalnya terlebih dahulu. Tambah Shila, dia percaya bahawa kebahagiaan anaknya bergantung kepada kebahagiaan dirinya.

“Dalam saya punya kes pula, saya tidak meletakkan Seth sebagai utama sebab saya yakin kalau saya letak dia yang pertama saya akan masih berada dalam perkahwinan itu.

“Dan saya percaya saya perlu bahagiakan diri saya dahulu sebelum saya bahagiakan anak saya. Saya tak nak nampak sangat serabut, balik dari kerja rasa tak bermaya..,” katanya.