fbpx

Shiha Zikir Bengang Dilarang Rakam Video Suntikan Vaksin

Menerusi satu perkongsian video, pelakon dan penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa bengang apabila tidak dibenarkan merakam video ketika proses suntikan vaksin.

Menurut Shiha, dia akui keliru apabila tidak dibenarkan berbuat demikian sedangkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jalamuddin membenarkan untuk membuat rakaman video.

BACA: Shiha Zikir Belajar Mengaji Dari Alif Ba Ta Ketika PKP

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

“Khairy dah cakap dibenarkan ambil video tambahan memang niat nak galakkan orang atau pengikut atau ambil vaksin.

“Sekurang-kurangnya, beradablah sikit jika nak cakap dengan penerima dan janganlah bagi alasan yang tak masuk akal. Bukannya tak percaya dekat doktor,” katanya.

Katanya lagi, dia tidak akan melenting jika petugas barisan hadapan berkenaan memberi penjelasan dengan cara yang sesuai, namun diberi alasan tidak masuk akal.

“Bila saya tanya kalau menteri dah bagi green light, kenapa doktor tak bagi, lepas tu dia jawab dengan agak kasar dan biadap.

“Memang saya jadi panaslah sebab alasan dia beri nonsende, dia kata sebab takut jadi viral. Masalahnya saya nak ambil video itu tak nampak pun muka dia dan tujuan saya nak rekod pun sebab nak galakkan peminat pergi vaksin,” katanya.

Jelas Shiha lagi, dia bukan hendak mencari salah frontliner sebaliknya sangat menghargai segala penat lelah mereka yang sudah hampir dua tahun berdepan pandemik Covid-19.

“Bukannya saya tidak hargai tugas mereka, saya tahu mereka pun penat dalam sehari dalam ribuan orang mereka perlu suntik.

“Dulu pun ada terjadi kes cucuk vaksin tapi tak tekan picagari tu, sebab kalau kita ambil video at least boleh ada proof kalau mereka terlupa, individu tersebut boleh dapatkan balik suntikan vaksin mereka,” katanya.