fbpx

Sherry Ibrahim Dikecam Pakai Seluar Ketat Warna Kulit

Ini bukan kali pertama penampilannya dikecam, baru-baru ini pelakon Sherry Ibrahim sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik fotonya memakai seluar sukan berwarna nude yang seakan menyerupai warna kulit.

Foto tersebut ternyata menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat pakaian itu tidak sesuai dengan imejnya sebagai wanita Muslimah dan berhijab.

BACA: Sherry Ibrahim Tak Sengaja Tayang Seluar Dalam?

Sebelum menutup ruangan komen gambar tersebut, beberapa komen sempat diambil dimana netizen turut menyifatkan inilah definisi sebenar berpakaian tetapi telanjang.

Malah, ada yang menasihati pelakon tersebut agar berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik sesuatu gambar kerana bimbang ianya boleh mengundang fitnah. Apa pun diharap Sherry akan lebih berhati-hati selepas ini sebelum berkongsikan gambar di media sosial.