fbpx

Sherry Ibrahim Ambil Masa Untuk Bercinta

Di kala ramai yang memperkatakan gosip cinta Fattah Amin yang tiada kesudahan kini, ada pula yang mempersoalkan status terkini bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim yang lama menyepi. Bagaimanpun Sherry menjelaskan bahawa dirinya masih tiada pengganti.

“Saya ada ramai kawan, tetapi belum ada menjalin hubungan yang serius ke peringkat hubungan cinta. Mungkin kerana saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk berkenalan dan sebagainya”

“Lagipun saya seorang yang akan mengambil masa yang lama untuk berkenalan dan menjalinkan hububungan cinta. Tetapi bila saya berjumpa dengan orang yang sesuai nanti insya-Allah saya akan bercinta juga,” jelasnya kepada Astro Gempak berhubung perkara itu.

Lain orang lain caranya untuk move on, tidak semua orang mudah melupakan dan mencari pengganti. Sama seperti Sherry yang memerlukan masa yang lama untuk mengenali seseorang sebelum menjalinkan hubungan.

Malah katanya kegagalan hubungan sebelum ini juga banyak memberikan pengajaran buatnya, selain membuatkan beliau sukar untuk bercinta lagi. Namun dalam masa yang sama Sherry tidak menolak andai jodoh datang. (rtky/w)