fbpx

Sherry Alhadad Rasa Diri Tak Cantik, Akui Malu Dengan Lelaki

Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad mengakui dia sering rasa rendah diri serta tiada keyakinan setiap kali berhadapan dengan lelaki.

Power Geng! Sunway Pyramid Dah Ada Ruang Komersial Baharu

Semakin canggih dan lebih selesa lepas ni bila korang jejak kaki di Sunway Pyramid. Kalau korang nak tahu, menjelang suku keempat tahun ini, Sunway Pyramid akan berwajah baru dengan pengenalan Oasis sebagai ruang runcitnya! Awesome...

Baca Lagi

Memetik Xtra, Sherry menyedari dirinya tidak cantik seperti wanita ideal yang lain namun dia memilih untuk menonjolkan dirinya dalam sisi berbeza iaitu melalui personaliti diri.

BACA: Sherry Alhadad Akui ‘Lost Contact’ Sejak Nad Zainal Kahwin

Menurut Sherry lagi, dia sangat berkeyakinan apabila di atas pentas, dalam televisyen atau berjumpa dengan orang, namun jadi pemalu apabila berdepan dengan lelaki.

“Tapi bila dengan lelaki, saya jadi pemalu dan rendah diri.. rasa sangat kecil. Sebab itulah saya mash belum bertemu jodohnya lagi.

“Saya rasa saya tak cukup cantik yelah sebab kita pun dah tahu kalau wanita lawa idealnya begini, bentuk badannya begitu, saya selalu rasa tak tergolong dalam kelompok tu.

“Saya fikir saya tak berapa cantik, jadi untuk buat orang sekeliling saya ok dengan saya, saya lebihkan personaliti diri sendiri contohnya but komedi. Bila saya dengan lelaki, selalu rasa rendah diri sampai rasa macam tak cukup semuanya,” katanya.

Sementara itu, Sherry berkata kali terakhir dia bercinta ketika di zaman Aswara sebelum mengalami kekecewaan dalam percintaan.

Dalam pada itu, Sherry berkongsikan dia impikan lelaki yang menghormati ibu bapanya serta tidak menafikan ramai yang cuba mengenalinya namun dirinya terlalu sibuk bekerja .

“Ada lelaki yang cuba dekat dengan saya tapi saya terlalu sibuk, dan bila dah mengenali mungkin kami tak serasi. Sepi tu adalah, mesti kita nak cari teman hidup. Ada rakan-rakan yang cuba kenenkan, saya kenal sendiri pun ada.. mungkin masa belum tiba lagilah.

“Walaupun dengar pelbagai kisah dalam rumah tangga, tapi saya tetap nak berkahwin sebab setiap orang melalui pengalaman yang berbeza.

“Insya-Allah, saya tak henti berdoa.. say memang ada cita-cita untuk berkahwin, ada suami, anak-anak. tapi belum sampai masanya apapun saya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan,” katanya.