fbpx

Sherry Alhadad Akui ‘Lost Contact’ Sejak Nad Zainal Kahwin

Timbul dakwaan mengatakan hubungan persahatannya dengan Nad Zainal sudah berakhir, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad menafikan perkara itu.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Memetik Astro Gempak, Sherry berkata kali terakhir dia berhubung dengan Nad sebelum aktres itu berkahwin serta mengatakan mereka sibuk dengan kehidupan masing-masing.

BACA: “Mungkin Silap Saya Juga Nampak Muka Saya Ketat” – Nad Zainal Penat Dituduh Sombong

“Saya ada menghubunginya sebelum dia berkahwin, cuma sekarang ini saya sibuk…Nad pun sama dengan berniaga lagi, jadi kami memang tak sempat nak berhubung.

“Masing-masing sekarang dah ada tanggungjawab, dah ada kebahagiaan. Saya dengan tugas saya, dia pun dengan tugas dia. Tapi saya sentiasa mendoakan dari jauh, kesejahteraan, kesihatan dan kebahagiaan dia,” katanya.

Sementara itu, Sherry berkata dia menganggap Nad seperti adiknya dan mereka masih lagi berkawan serta sentiasa mendoakan yang terbaik buat aktres itu.

“Saya kenal dia sejak umur dia 17 tahun. Dia tak ada hubungi saya dan saya pun tak sempat nak jumpa dia. Tali silaturahum itu masih ada. Pada saya, saya masih lagi berkawan dan sayang dengan dia.

“saya masih anggap dia adik saya, saya juga pernah jadi guru dia dulu. Saya tak pernah putus doakan yang terbaik untuk dia,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry berkata dia sentiasa berhubung dengan ibu bapa Nad untuk bertanyaakan keadaan aktres itu yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

“Saya masih berhubung dengan ibu bapa dia untuk bertanyakan keadaan dia sekarang dan saya pun gembira dia dah temui kebahagiaan..dia pun bakal menimang cahaya mata baru nanti.

“Berkat doa dan usaha kawan-kawan membantu ketiak dia memerlukan itu, saya rasa bersyukur. Sebagai seorang sahabat itulah tugas kita. Maksudnya kita bukan hidup dalam keadaan senang saja. Kalau susah pun, apa yang kita boleh bantu,” katanya.