fbpx

Sheila Rusly Hadiahkan Suami Kereta Mewah RM340,000 Sempena Hari Jadi

Baru-baru ini, pelakon dan penerbit, Sheila Rusly menghadiahkan kereta mewah BMW X4 kepada suaminya, Jinggo sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-56 tahun.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sheila mengucapkan terima kasih buat suaminya diatas apa yang dilakukan untuk keluarga selama ini.

BACA: Sheila Rusly, Jinggo Buat Laporan Polis

“Selamat ulang tahun to my amazing husband. Thank you for being who u are & all that u do for us. There’s nowhere else in the world i would rather be than be next to u,” tulisnya.

Video tersebut turut memaparkan reaksi suaminya yang teruja sebaik sahaja melihat kereta mewah tersebut tiba di hadapan rumah mereka. Hasil tinjauan kami, harga kereta tersebut dianggarkan RM360,000.

Perkongsian Sheila itu mendapt pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir kepada Jinggo serta mendoakan agar dimurahkan rezeki.

Sheila dan Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahaya mendirikan rumah tangga pada 1996. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.