fbpx

Tajuk artikel macam perkara ini tidak pernah di’lakukan penyanyi lain sebelum ini. Tetapi, ini kita bercakap tentang Sheila Majid, figura muzik legenda Malaysia.

Dan kerana itulah, majlis pada 25 April 2012 ini di’panggil khas A Day With Living Legend – Sheila Majid yang bakal berlangsung di Menara Kuala Lumpur.

Majlis itu di’anjurkan bersempena dengan Minggu Setiausaha & akan di’adakan di restoran Atmosphere 360 yang sebelum ini juga di’kenali sebagai Restoran Berputar Sri Angkasa, Menara Kuala Lumpur.

Pertama kali hadir untuk satu persembahan khas di Atmosphere 360, Sheila Majid di’ajukan soalan apakah kejutan yang bakal beliau bawakan pada hari persembahan nanti dan mengakui sudah merencana sesuatu yang berbeza untuk peminat beliau yang hadir nanti. 

Acara yang bakal bermula pada jam 12 tengahari itu menyaksikan tiket mula di’jual bermula dari RM500 untuk individu sehingga RM6500 secara kumpulan untuk tempahan meja makan. Hubungi Siti di talian 013-3377710 atau Jojo, 012-6903058 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

[nggallery id=”18″]