Pelakon Sheera Iskandar menamatkan zaman janda apabila selamat bergelar isteri kepada anggota polis, Mohd Halim Abdul Gani dalam satu majlis berlangsung di Kuala Lumpur, petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Firudz Saderi dalam majlis tertutup yang dihadiri kira-kira 70 tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

BACA: Sheera Iskandar, Doul Harun Selamat Bergelar Suami Isteri

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Berkongsikan detik perkenalan, pelakon Gerak Khas itu mula mengenali suaminya ketika penggambaran drama bersiri tersebut pada tahun 2019.

Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada 2015 namun bercerai pada hujung 2018.