Pelakon veteran Norlia Ghani mengakui terkejut apabila mendapat tahu mengenai masalah rumah tangga anaknya, aktor Rusdi Ramli dan isterinya, Sharon Paul di TikTok.
Memetik Harian Metro, Norlia baerkata anaknya itu tidak pernah bercerita atau mengadu hal rumah tangga dengannya sejak dulu.
BACA: Norlia Ghani Dikutuk, Dah Tua Masih Gedik Nak Berlakon
Rusdi memang jenis yang tidak suka kongsi hal rumah tangganya dan dia lebih suka selesaikan semuanya sendiri kerana dia tidak mahu saya berasa risau.
Bagaimanapun, Norlia berkata menantunya itu pernah mengadu Rusdi sudah lama tiada job serta berharap mereka dapat mencari jalan penyelesaian terbaik.
“Cuma Sharon yang pernah mengadu dengan saya, Rusdi sudah lama tiada ‘job’ sebelum ini dan saya tahu ia berkaitan dengan masalah wang ringgit dan perbelanjaan dalam rumah tangga. Dalam rumah tangga memang tidak lari dari masalah dan terpulang kepada kita untuk mengaturnya.
“Semua ibu pastinya mengharapkan rumah tangga anak dan menantu berkekalan. Namun, kita kena reda jika jodoh mereka sampai setakat itu sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Norlia turut berharap Rusdi dan Sharon berfikir semasaknya serta memikirkan tentang anak-anak tsebelum mengambil keputusan untuk bercerai.
“Saya pernah melalui keruntuhan rumah tangga dan anak-anak yang menjadi mangsa serta perlu putuskan untuk tinggal dengan emak atau bapa?
“Justeru, sebelum mereka nak buat sebarang keputusan itu fikirlah keutamaan anak-anak dulu dan letak mereka nombor satu dan selepas itu baru fikir perkara lain,” katanya.
Sebelum ini, Sharon mendedahkan rumah tangganya dengan Rusdi sudah tidak sehaluan sejak beberapa tahun lalu serta percaya perceraian adalah jalan terbaik.
Untuk rekod, Rusdi dan Sharon berkahwin pada 2008. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Reo Ridza, 14, dan Ryan Ridza, 11.