fbpx

“Sharnaaz Tak Patut Marah, Watak ‘Sotong’ Puncanya”

Baru-baru ini, isu dimana pelakon Sharnaaz Ahmad yang melenting dan memberi amaran berbaur ugutan kepada Instafamous Faiz Roslan menjadi perhatian ramai. Semuanya berpunca daripada video tarian oleh Faiz Roslan bersama rakannya yang menggayakan pakaian wanita.

Isu tersebut juga turut mendapat perhatian pelakon Nam Ron yang menyindir dengan mengatakan Sharnaaz Ahmad tidak patut marah dengan Faiz Roslan diatas tindakan ‘kurang bijak’ itu kerana ia mungkin berpunca daripada lakonan ‘sotong’ yang pernah popular suatu masa dahulu.

BACA: Isu Faiz Roslan: Sharnaaz Rela Masuk Penjara?

Faiz terpengaruh dengan watak lembut lakonan Sharnaaz

Tambah Nam Ron lagi, watak lelaki lembut yang dibawakan Sharnaaz menerusi drama ‘Suamiku Encik Sotong’ itu sebenarnya berjaya memperngaruhi remaja yang suka meniru sehingga sanggup berperwatakan wanita untuk membuat video parodi.

 

Sharnaaz patut rasa bangga 

Nam Ron juga berpendapat, Sharnaaz perlu berasa bangga kerana lakonananya sebagai lelaki lembut ini sememangnya menjadi dan berjaya memikat hati penonton.

Apa-apa pun, diharap isu ini diselesaikan cara baik. Faiz Roslan pun sudah membuat permohonan maaf. Kalau boleh berfikir dahulu sebelum nak muat naik video atau gambar apa-apa bagi mengelakkan sebarang fitnah.