fbpx

Sharnaaz Ahmad Zahir Penghargaan Buat Ibu & Bekas Isteri

Bersempena Hari Ibu hari ini, perkongsian pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila menzahirkan penghargaan buat ibunya dna juga bekas isteri, Noor Nabila.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Sharnaaz mengatakan dia wanita itu memberi kesan yang besar dalam hidupnya dan tanpa mereka berdua dia tidak akan berada di sini.

BACA: Sharnaaz Rela Masuk Rumah Orang Tua Kalau Tiada Jodoh, Dah Standby Tabung

“Dua wanita ini memberi kesan dan hadiah yang sangat besar dalam hidup saya, terima kasih banyak-banyak mama dan mummy Nabila.

“Tanpa kalian berdua, saya tak akan berada disini. Terima kasih mama dan mummy Nabila, selamat hari ibu dan kepada semua ibu di luar sana, kami sayangkan anda!” tulisnya.

Perkongsian Sharnaaz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap pelakon itu yang menghormati wanita dan juga insan bergelar ibu.

Tidak kurang juga ramai mengagumi sikap Sharnaaz yang tetap mnenjaga hubungan baik dengan bekas isterinya meskipun sudah berpisah demi anak tunggal mereka, Jebat Jayden.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata bernama Jebat Jaydan.