Sharnaaz Ahmad Tak Tolak Jodoh Dengan Shila Amzah
Diusik oleh netizen untuk kembali bercinta dengan Shila Amzah selepas memberi sokongan secara terbuka kepada penyanyi itu, Sharnaaz Ahmad berkata dia menyedari tentang perkara itu.
Memetik Utusan Online, Sharnaaz berkata dia tidak mampu menghalang peminat untuk mendoakan tentang jodohnya namun dia percaya semua itu di tangan Allah.
BACA: Puji Nyanyian Shila Amzah, Netizen Usik Sharnaaz Ahmad
“Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi, yang nak tentukan itu adalah Allah SWT. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu.
“Cuma, kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan.Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’(terbuka) kepada sesiapa sahaja. Saya tak berani nak janjikan apa-apa. Saya tak akan mengatakan tidak atau mengatakan ya. Serah pada Dia,” katanya.
Sharnaaz juga mempunyai jawapan sendiri apabila ditanya mengenai kesediaannya untuk berbaik semula dengan keluarga Shila.
“Tak tahulah. Kalau nak berdendam pun dah tua sangat dah kot,” katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz mengakui ada berhubung dengan Shila menerusi selepas penyanyi itu berpisah dengan suaminya Februari lalu untuk memberikan kata-kata semangat.
“Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, perceraian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusuh.
“Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berdendam pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu gagal dalam alam rumah tangga.
“Bagi saya, orang akan selalu bercakap dan hanya kita sahaja yang tahu diri sendiri. Hanya kita sahaja yang boleh buat diri sendiri bahagia. Nak bunuh semua kata-kata nista orang itu, buktikan dengan kejayaan,”katanya.
- SUMBER
- Utusan Online
Atention seeker..nk menempel glamer skali.dahla shila weh hang takyah perasan.mamat ni bukan nk kat hang pun.dia saje nk bg hang perasan…atleast klu dia dh tkde stok hang ada jd backup.
klu si sharnaaz ni la.hmmm tkyahla.perangai pungpang kat socmed pun dh tau mmg problem punye org
Semoga berjodohan. Abaikan acik2 kantin kt atas tu hati berkeladak. Go mamu goooo…
Awwwww shuwetttt sgt.
Sama padan first love gichew
melayu2 mmg x suka tengok org lain bahagia kan?kt tas tu ntah2 andartu!! Huhu
Sharnaaz tak menempel pn. Apa slhnya dua dua dh single skrg. Sharnaaz pn wsap shila lps shila bercerai. Bkn msa dia isteri org ATAU Bila dia mng. Sblm mng pn dia dh bg smgt kt shila. MULUT ORG MMG JAHAT KAN. KLU tkde bnda baik nk ckp. Diam.
sharnaaz bukan dengan azira shafinaz ke?
Shiela dah serik dpt laki xde duit, Si nanas ni krisis dgn bini dia dulu pun psl duit. Nabila tu bnyk duit nanas ni job pun suam2 jer. Jd peminat bodo yg berangan nk tngk mrk kembali baik rentikan je laa
Bawang rangers
Laki shila tu x kan la x berduit. Bahasa inggeris mcm.queen mother. Jgn la insult dia mcm.la ko duduk satu rumah dgn dia org.
Mamun oiii, berbahasa english dan status duit, xde kena mengena. X relevan langsung untuk argument.
X kisah la dia berduit ke tak, tp bahasa apa yg dia pakai xde kena mengena
Aku rasa Shila tak sesuai ngan Shahnaz sbb aku yg hendak kat Shila. Walaupun aku tak hensem dan tak berduit tp budi bahasa aku tinggi.
kelakarnye komen mamun tuu..wei hang igt mat saleh yg duk.luar negara tu takde ke keje pikul korek taik, cuci bangunan bagai??
laki dia mmg lahir luar negara mmgla tu bahasa dia.alahai mamun ni kg betul la…terhibur aku
Rambutan…
Biasanya makcik dan pakcik bawang tak bahagia ja sebok sangat cerita kahwin cerai skandal. Andartu puleks yang hengko salahkan Lola. Andartu takda life gila kerja. Ada masa ka baca RK? Lain lah Ai. Ai housewife masyuk jual Tupperware living la vida!
Mamun ni dah laa bodoh x follow gossip tp menyibuk nk bergossip. Pegi laa baca apa punca dia bercerai. Ko x payah nk dok serumah kalo ko rajin dok baca forum membawang ko tau apa punca gk. Org atas aku ni plak yg ko menyemak bergossip apa bangang ko ni??? Konon sibuk sngt kira duit bisnes tp dok merapu bergossip. X payah perasan nk tnjk bagus x memasal la kt blog gossip ni sama je ko dgn kitorg. Dah masuk dlm loji konon ko kayangan? Hahaha
Sejak bila orang baik tak boleh baca Rotikaya? Bawang Rangers macam Indon noh, semua nak claim. Kalau semua tempat ada orang jahat, ada kaki penyibuk dan tak bahagia sebab hidup sendiri bosan. Setiap hari dok rumah ja tak ke mana. Orang lain dah travel everywhere dalam Malaysia. Kamu orang yang toxic hanya mampu baca Rotikaya feeling wartawan hiburan. Kasian berangan terpaling tahu. Koh Koh Koh Koh koh
Bawang rangers toxic nye ko. Sila tido dlm loji kumbahan. Chill sudah. Masuk rotikaya kalah makcik 7e
Bukan mamu je tak tolak jodoh ngan shilah amzah, aku pun tak tolak jika jodoh aku ngan dia. Dah jodoh nak wat camne?