fbpx

Puji Nyanyian Shila Amzah, Netizen Usik Sharnaaz Ahmad

Semalam, lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah mengejutkan ramai apabila muncul juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-36.

Malah, sebelum keputusan pelakon Sharnaaz Ahmad turut memuji persembahan mereka serta mengatakan berdiri bulu roma mendengar lagu bergenre metal itu.

BACA: Ramai Wanita Tak Keruan Tengok Sharnaaz Belanja Foto Tak Pakai Baju

Bukan itu, sahaja, Sharnazz turut berharap lagu tersebut akan menang serta mengatakan lebih baik AJL dibubarkan jika tiada kemenangan buat lagu berkenaan.

Bagaimanapun, selepas Pelukan Angkasa dinobat sebagai juara, Sharnaaz berpuas hati dengan keputusan tersebut serta mengucapkan tahniah kepada kumpulan SOG dan Shila Amzah.

Namun, sokongan yang diberikan Sharnaaz menjadi perhatian netizen yang mengusik pelakon itu dengan Shila apatah lagi kedua mereka dengan kisah terdahulu.

Malah, ada netizen tertanya-tanya adakah cinta bertaut kembali apatah lagi kedua mereka kini bergelar ibu dan bapa tunggal anak satu.