fbpx

Sharnaaz Ahmad Sambut Hari Jadi Kekasih Bersama Jebat Jayden

Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsikan menyambut ulang tahun kelahiran kekasihnya, Amelia Christie di sebuah restoran.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Sharnaaz tidak lokek berkongsikan momen tersebut yang turut diraikan bersama anak tunggalnya, Jebat Jayden.

BACA: Rapat Dengan Sharnaaz Ahmad, Amelia Christie Anggap Takdir Tuhan

Sementara itu, dalam perkongsian lain Sharnaaz turut menitipkan ucapan serta doa buat kekasihnya serta mengucapkan mahu jaya buat Amelia dalam perniagaan barunya itu.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kehadiran Sharnaaz bersama pelakon, Amelia Christie ketika menghadiri majlis tayangan filem Polis Evo 3 menjadi perhatian.