fbpx

Sharnaaz Ahmad Risau Azira Shafinaz Berjemur Tengah Panas

Hampir dua tahun bergelar duda kepada seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden, pelakon Sharnaaz Ahmad juga tidak terlepas dengan gosip cinta.

Tahun lalu, pelakon itu dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz.

BACA: Sharnaaz Ahmad Dah Putus Dengan Azira Shafinaz?

Bagaimanapun, Sharnaaz berkata mereka tidak mempunyai hubungan istimewa cuma masih dalam proses mengenali apatah lagi mahukan pasangan terbaik untuk masa depan anaknya juga.

Namun, baru-baru ini perkongsian Azira menjadi usikan netizen apabila memuat naik gambarnya sedang berada di tepi pantai.

Diruangan komen, Sharnaaz turut meninggalkan komen seakan bimbang apabila pelakon itu berjemur di tengah panas kerana kulit akan gelap.

Komen Sharnaaz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengusik bapa Jebat itu yang berseloroh mengatakan kalau gelap pun Sharnaaz tetap sayang.

Terdahulu, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden kini berusia 4 tahun.