fbpx

Sharnaaz Ahmad Pasang Bodyguard

Terpalit dengan kontroversi didakwa memukul seorang penghuni di kondominium baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad mengambil pendekatan untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi.

Memetik Harian Metro, Sharnaaz berkata tugas pengawal peribadi itu adalah untuk mengawal dirinya serta mengelak daripada sebarang masalah di masa akan datang.

BACA: Sharnaaz Ahmad Bergambar Dengan Minyak Masak Buat Netizen Geli Hati

“Memang saya menggunakan khidmat pengawal peribadi, tetapi tujuan utama bukan kerana faktor keselamatan sebaliknya bagi mengawal saya.

“Ini supaya saya tidak terbabit dengan sebarang masalah pada masa akan datang. Jika rasa saya hendak terbabit dengan masalah, dia kena cepat-cepat tarik saya,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz tidak ambil peduli dengan apa yang dikatakan orang ramai mengenai tindakannya mengambil pengawal peribadi.

“Terpulang kepada sesiapa untuk membuat andaian masing-masing, namun saya perlukan seseorang untuk mengawal saya,” katanya.