Sharnaaz Ahmad Bergambar Dengan Minyak Masak Buat Netizen Geli Hati
Isnin lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad sudah pun dibebaskan dengan jaminan polis atas dakwaan memukul dan menendang seorang lelaki di sebuah kondo di Segambut.
Semalam, Sharnaaz dilihat ada memuat naik gambar di Instagram bersama sahabat baiknya, Shukri Yahya dengan memegang sebotol minyak masak.
BACA: Sharnaaz Ahmad Terus Jumpa Jebat Jayden Sebaik Sahaja Dibebaskan
View this post on Instagram
Apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen gambar tersebut dimana Sharnaaz berkata dia sudah kembali dan berseloroh mengatakan semuanya minyak masak punya hal.
Menerusi entri itu, Sharnaaz turut mengucapkan terima kasih kepada Shukri yang datang melawatnya yang baru balik dari ‘outstation’.
Perkongsian Sharnaaz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dan geli hati dengan gelagat dua sahabat itu.
Tidak kurang juga, ada yang mencadangkan pelakon itu menjadi duta minyak masak atau keluarkan jenama minyak masak sendiri selepas ini.
Terdahulu, Sharnaaz mengakui panas baran adalah sinonim dengannya namun apa yang dilakukannya itu adalah perlu serta meminta menunggu cerita sebenar daripadanya.
Sharnaaz berkata dia akan membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah serta berharap tiada pihak cuba membuat spekulasi mengenai kes itu.
- SUMBER
- Cari Forum
1 julai subsidi minyak msk, harga siling ayam dll brg krjn hapus wehh!!!!
Alaa Farid Kamil tampar, tendang polis kt dlm Balai pun bole lps, buang kes ini pulak jaga kondo lg laa buang kes. Bpk Farid Kamil cuma pensyarah, bpk Nanas ni org kuat umngok lg laa besar kabel dia.
Kan aku dah ckp…hal kecik je..minyak masak je, bhai. Yg ko berangin, berasap telinga, idong sume mcm dragon pehal? X masal kan masok dalam. Chill, bhai!
Lu chill bile ngan bff. Nengok? Bole gelak pegang minyak masak lg. Bile dgn public..lu berangin..pantang kene suis skit..tros wayar shot..kaki tgn auto naik mcm ultraman.
Tros in character Jebat. Adehhh..
Nie la sepisis SAKAI dh salah sendiri pastu nko menganjing diri nko sendiri, yg sblah tu jdi pk pandir!!